Rasional pemilihan nama AN-NUR adalah dengan harapan akan menjadi sumber hidayah kepada penduduk di sekitar mukim Gunung Reng.
Sejarah penubuhan surau mukim sebelum terbinanya Masjid An-Nur Mukim Gunung Reng.
Bina surau pd hujung tahun 1962. Mula digunakan utk sembahyang berjemaah lima waktu dan pd 27 Mac 1978 telah diberikan kelulusan oleh MAIK utk mendirikan sembahyang jumaat oleh penduduk disekitar mukim gunung reng pd awal tahun 1963.
Surau ini dibina hasil drpd gotong royong orang kampung. Kemudian telah mendapat bantuan daripada MAIK dan dibina melalui gotong royong penduduk mukim gunung.
SEJARAH MASJID
* Perletakan batu asas disempurnakan oleh YB USTAZ HJ IDRIS BIN AHMAD, Pengerusi
Jabatan Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri pada 20 Mei 1991.
Pembinaannya bermula pada 1 Januari 1992 berdasarkan tender yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli.
Harga tender permulaan bernilai RM200,000 dengan keluasan 40 x 64. Keluasan sebenar masjid 132 x 64 setelah siap dibina
Kos tambahan untuk menyiapkan masjid adalah sumbangan orang ramai sebanyak lebih kurang RM 800,000.
Masjid yang dibina ini adalah berasal daripada tapak tanah kerajaan seluas 2 ekar.Bilangan kampung dalam mukim adalah sebanyak lima buah kampung iaitu Kampung Gunung, kg. Gunung Luar, Bechah Pulai, Salor dan Tumbi Rapat.
Bilangan rumah dalam mukim adalah sebanyak 300 buah rumah dan bilangan penduduk
adalah seramai lebih kurang 1500 orang.
Bilangan madrasah (surau) dalam mukim adalah tiga buah.
Bilangan jemaah solat fardhu adalah seramai lebih kurang 100 orang.
.